Thursday, 26 December 2013

OBJEKTIF PUSAT SUMBER SEKOLAH




Antara objektif utama Pusat Sumber Sekolah ialah :

·         Membentuk sebuah Pusat Sumber Sekolah yang mampu menjadi pemacu  kepada kecemerlangan Pendidikan dalam konteks cabaran mendatang

·         Meningkatkan mutu pengajaran-pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah pelajar

·         Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional

·         Pemupukan tabiat belajar berorientasikan input dan bahan pendidikan terkini

·         Membangunkan budaya belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematis

·         Penghasilan bahan-bahan variasi sumber

·         Membantu pelajar dan guru menghasilkan, menilai dan menggunakan pelbagai peralatan dan bahan pengajaran & pembelajaran

·         Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza dalam kalangan pelajar

·         Melatih pelajar menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran

·         Menjadikan pengendalian PSS lebih mantap, terancang dan berkesan

·         Meningkatkan peranan dan fungsi PSS sebagi nadi aktiviti akademik di sekolah

No comments:

Post a Comment